Rabu

Cara meRingankan Blog dengan CSS Compressor

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum. Kali ni Tia nak berkongsi CARA UNTUK MERINGANKAN BLOGmenggunakan CSS compress. Ramai blogger-blogger tau betapa pentingnya berat sesebuah blog tu. Selain daripada memudahkan pengunjung, blog yang ringan juga lebih mesra SEO kerana robot SEO tidak akan mengambil masa yang lama untuk mengindeks blog.


Seelok-eloknya berat blog tidaklah melebihi 100 kb. Banyak cara untuk meringankan blog. Selalu yang biasa kita dengar buang widget-widget tak penting. Tapi tak ramai yang sedar ni sebab bila widget tu dah ada dalam blog dia, dia akan anggap itulah widget pentingnya dan tak perlu dibuang melainkan ada orang lain menegur.

Kalau cara buang widget tu tak berapa nak berkesan, kita cuba pulak dengan menggunakan CSS compress. Tia dah cuba dan bolehlah kurangkan sikit. Jom mula!

STEP 1 : Pergi Design > Edit HTML > Sebagai langkah keselamatan, backup dulu template dengan klik Download Full Template

STEP 2 : Buka website CSS Compressor

STEP 3 : Pergi balik Edit HTML blog korang tu. Tak perlu tick Expand Widget Templates. Copy bermula <b:skin> dan ]]></b:skin>

Tia akan fahamkan korang code yang mana korang perlu copy. Cari code <b:skin>. Korang perlu copy code selepasnya. Boleh tengok gambar di bawah. Klik kalau tak jelas ye..


Terus highlight kan code tu sampai sebelum ]]></b:skin>. Tengok gambar di bawah ye kalau tak faham. Klik gambar kalau tak jelas..


STEP 4 : Pergi website CSS compress tadi. Pada compression mode, kekalkan pada Normal. Tapi kalau agak-agak korang ni SUPER DUPER HEBAT main coding, boleh tick pada super compact. Apa akan jadi? Jarak code tu akan jadi semakin rapat. Nanti korang boleh cuba-cuba ye.

Pada comments handling pula, pilih Don't strip any comments. Di ruang kosong Insert CSS code, korang paste kan code yang korang dah copy kat atas tadi. Lepas tu klik Compress it! Korang akan di bawa ke satu page lain. Code yang korang compress tadi ada situ. Klik je Highlight Code dan ia akan automatik copy code tu.

STEP 5 : Pergi Edit HTML blog, korang paste kan code yang dah di compress tadi diantara <b:skin> dan ]]></b:skin>. Preview dulu. Kalau tak ada apa-apa error, bolehlah save.

Label:

0 Komentar:

Posting Komentar

^_*cHat-cHeat*_^

Berlangganan Posting Komentar [Atom]

<< Beranda